KURIKULUM PERMATA NEGARA (KPN) VS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

 

Analisis Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Dan Kurikulum Permata Negara (KPN)

 

   Memetik keratan penulisan Norhashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003), kurikulum ini merupakan sebuah rancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh hal yang demikian, kurikulum ini amat bernilai dalam program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) kerana kurikulum merupakan panduan buat pendidik untuk menyampaikan sesuatu ilmu berdasarkan perkembangan dan peringkat umur kanak-kanak. Kurikulum yang akan ditekankan dalam penulisan ini ialah Kurikulum Permata Negara (KPN) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kembangsaan (KSPK).

 

   Pada awalnya, Kurikulum Permata Negara (KPN) ditubuhkan terlebih dahulu. Kemudian, Kurikulum  Standart Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan sebagai kesinambungan daripada KPN bagi menyediakan program pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap perkembangan kanak-kanak. KPN ditubuhkan pada tahun 2006 manakala KSPK diperkenalkan pada tahun 2017. Matlamat kedua-dua kurikulum ini adalah sama iaitu behasrat mahu melahirkkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) serta memiliki pengalaman pembelajaran yang bermakna . Namun terdapat perbezaan antara kedua-dua kurikulum ini, di mana KPN adalah sebuah program asuhan untuk kanak-kanak daripada usia mereka bayi hingga empat tahun. Manakala, KSPK adalah program persediaan sebelum masuk ke alam sekolah rendah untuk kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun. KPN lebih memfokuskan bagaimana  seseorang kanak-kanak itu dapat membina emosi mereka, membina kemahiran seperti bersosial, kemahiran matematik awal, kemahiran motor halus dan kasar mereka, membimbing kanak-kanak untuk menguasai kemahiran berbahasa serta mendidik kanak-kanak mengamalkan pemakanan sihat. Bagi KSPK pula, fokus utamanya adalah kanak-kanak dapat menguasai kemahiran yang dimiliki tadi dan dapat mengaplikasikan kemahiran tersebut sebagai persediaan menghadapi cabaran masa depan.

 

   Seterusnya, model konseptual bagi Kurikulum Permata Negara (KPN) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah berbeza.

 

                                                                       

  Rajah 1

      Rajah 1 di atas ialah model konseptual bagi Kurikulum Permata Negara (KPN).

 


Rajah 2

Rajah 2 di atas ialah model konseptual bagi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK).


  Kurikulum Permata Negara (KPN) menggabungkan dua elemen menjadi satu iaitu asuhan dan didikan. Menurut kamus dewan edisi keempat, asuhan membawa maksud peliharaan dan didikan serta jagaan semasa kecil. Elemen asuhan yang terkandung dalam KPN ialah komponen asas pengasuhan bayi dan kanak-kanak. Di dalam elemen asuhan ini terdiri daripada empat aspek iaitu pemakanan seimbang, keselamatan kanak-kanak, penjagaan dan latihan urus diri, bayi dan kanak-kanak serta amalan pengasuhan yang dijadikan panduan buat pengasuh atau guru pendidik awal kanak-kanak. Manakala, menurut kamus dewan edisi keempat juga, didikan diertikan sebagai pelihara dan jaga dengan hati-hati. Bidang didikan yang terkandung di dalam KPN dipanggil sebagai bidang pembelajaran PERMATA untuk perkembangan kanak-kanak. Bidang pembelajaran yang terkandung seperti perkembangan sahsiah, sosioemosi, dan kerohanian; perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal; perkembangan awal matematik dan pemikiran logik; perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran, perkembangan fizikal; dan perkembangan kreativiti dan estetika. Kedua-dua elemen ini diguna pakai bagi melahirkan kanak-kanak yang mempunyai kemahiran bersosial, kemahiran awal matematik dan lestari serta dapat merangsang minda kanak-kanak dan meningkatkan perasaan ingin tahu mereka supaya mereka dapat membina sosioemosi yang stabil dan ceria.

 

   Bagi Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) pula, kurikulum ini ditambah dengan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan guru di sekolah.elemen KBAT ini merangkumi empat tahap yang memerlukan murid mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta. Tambahan pula, kanak-kanak yang mengikuti KSPK, akan memiliki kemahiran berfikir secara kritis, kreatif, menaakul dan memiliki strategik berfikir..KSPK bermatlamat untuk memberikan kemahiran asas dan pengetahuan serta pengalaman bermakna kepada kanak-kanak sebagai persediaan mereka melangkah ke alam sekolah rendah. KSPK mengandungi enam tunjang iaitu tunjang komunikasi; tunjang kerohanian, sikap dan nilai; kemanusiaan; perkembangan fizikal dan estetika; sains dan teknologi; dan keterampilan diri. Tambahan pula, enam tunjang yang terkandung dalam KSPK ini adalah saling berkait dan menyokong antara satu sama lain. Hal ini kerana, KSPK ini disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Kesepaduan yang wujud ini bertujuan untuk melahirkan anak-anak yang dapat menghayati nilai-nilai murni, keagamaan, berpemikiran kritis, berketerampilan dan kreatif serta inovatif seperti yang terkandungi dalam model konseptual KSPK ini.

 

   Bidang pembelajaran yang terkandung di dalam Kurikulum Permata Negara (KPN) dan tunjang yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) adalah saling berkait. Sebagai contoh, bidang pembelajaran sahsiah, sosioemosi dan kerohanian yang terkandung di dalam KPN adalah bidang pembelajaran yang sangat penting kerana ia merupakan langkah pertama untuk membentuk peribadi dan kekuatan emosi dan sosial kanak-kanak. Melahirkan insan yang berakhlak mulia meruapakan matamat yang dipegang di dalam KPN. Maka, pendidik awal kanak-kanak perlu menerapkan dan membina keperibadian kanak-kanak, konsep kendiri dan self-esteem dalam diri kanak-kanak. Selain itu, perkembangan sahsiah kanak-kanak bukan sahaja berlaku semasa aktiviti pembelajaran tetapi juga melalui rutin harian dan semasa berinteraksi seperti yang terdapat dalam teori erikson dan Bowlby. Kanak-kanak dapat mengekpersikan emosi mereka seperti marah, gembira, sedih dan banyak lagi. Perkembangan sosio emosi ini dapat dilihat ketika kanak-kanak berkomunikasi dengan orang. Persekitaran juga akan mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak. Sebagai contoh, apabila kanak-kanak itu sentiasa dimarahi ibu bapa dan keluarganya dirumah, maka emosi sedih dan sifat ingin memberontak akan menguasai diri kanak-kanak tersebut. Di dalam bidang pembelajaran ini, kanak-kanak akan membina rasa selamat, tenteram, yakin pada diri dan pesonaliti yang baik pada diri mereka. Selain itu, mereka dapat membina kebolehan mengawal perasaan, belajar untuk fokus dan memberi perhatian dan tumpuan serta mampu mengawal diri mereka apabila perlu. Bidang pembelajaran ini bersambung dengan tunjang kerohanian, sikap dan nilai yang termaktub di dalam KSPK. Di dalam tunjang ini, kanak-kanak di ajar tentang penguasaan asas al- quran, tulisan jawi, pembentukan akidah, akhlak, ibadah, adab dan pengenalan tentang sirah. Bagi aspek pendidikan moral iaitu khusus untuk kanak-kanak bukan beragama islam, kanak-kanak ini akan mempelajari empat belas nilai universel yang menjadi kunci untuk seseorang itu memiliki akhlak mulia. Kanak-kanak akan belajar menghayati budaya dan nilai masyarakat disekeliling mereka. Maka mereka akan memiliki adab dan keterampilan diri yang baik. Sifat inilah yang membantu mereka untuk menjadi seorang yang lebih yakin. Pendidik awal kanak-kanak biasanya menggunakan kaedah bercerita atau didik hibur seperti menyanyi, menari dan banyak lagi semasa mempelajari tentang budaya sesuatu kaum yang lain.

 

   Contoh seterusnya adalah melalui bidang pembelajaran awal matematik dan pemikiran logik yang terkandung di dalam KPN iaitu menekankan supaya, generasi malaysia yang akan datang seorang yang celik matematik, mempunyai sifat kuantitatif dan berfikiran logik. Sejak awal lagi, kanak-kanak yang berada di taska sudah diperkenalkan dengan keamhiran awal matematik. Kemahiran ini diperkenalkan melalui kaedah belajar sambil bermain iaitu semasa kanak-kanak bermain ‘puzzle’, membina blok dan bermain sorok-sorok. Kanak-kanak dapat belajar ‘pairing and matching’ ketika bermain puzzle, mengenal pasti siapa yang banyak memiliki blok dan siapa yang sedikit memiliki blok semasa mereka bermain dengan blok. Situasi ini dapat dikaitkan dengan teori konstruktivisme yang diperkenalkan oleh Piaget. Di dalam teori ini, Piaget mengatakan bahawa, kanak-kanak membina pemahaman atau struktur mindanya melalui pengalaman yang mereka alami, persekitaran yang terdapat disekeliling mereka dan pembelajaran aktif yang menyeronokkan. Maka, pemikiran logik dapat tercetus setelah kanak-kanak belajar sambil bermain. Apabila kanak-kanak sudah mencecah lima tahun, kemahiran awal matematik ini telah dikembangkan di dalam KSPK. Kanak-kanak akan belajar dengan lebih mendalam seperti mengira jumlah duit, mengetahui konsep jam dan minit serta mengenal operasi matematik seperti tambah dan tolak. Daripada sini, kita dapat melihat kedua-dua kurikulum ini mempunyai kesinambungannya.

 

   Sudah terang lagi bersuluh, kedua-dua kurikulum di atas sangat penting untuk menilai tahap perkembangan kanak-kanak dan menjadi wadah untuk para guru dan pendidik awal kanak-kanak sebagai panduan mereka untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan usia anak-anak didik mereka.

 

 

 

 

 

 

 

Rujukan

 

Norhashimah Hashim & Yahya Che Lah. (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Bentong: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Pendidikan Awal Kanak-Kanak. https://docplayer.info/127619760-Kementerian-pendidikan-malaysia-modul-pendidikan-awal-kanak-kanak.html

 

Aminah Ayob, Eng T.O. , Nasir Tek, & Mazlini Adnan. (2015). The Effectiveness of in-service training of pre-school teachers on stem integration through project-based inquiry learning (PBIL). ResearchGate. https://www.researchgate.net/figure/Conceptual-Model-for-the-National-Early-Childhood-Curriculum-Source-PERMATA-2010_fig1_300906755

 

Noresah Baharom. (2017). Kamus Dewan Bahasa (4th ed.). Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.  

 

Aminah Ayob, Rohani Abdullah, Nani Menon, & Jameyah Shariff. (2020). Modul pendidik/ pengasuh: Khusus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

 

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan: Pendidikan Prasekolah (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Semakan 2017). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

PAKK20622 NURFARZANA HUDA BINTI MUHAMMAD HARIS GEEC1052 COURSEWORK WRITING A NARRATIVE ESSAY - “A REAL FRIEND IS ONE WHO WALKS IN WHEN THE REST OF THE WORLD WALKS OUT”