Posts

Showing posts from May, 2022

KURIKULUM PERMATA NEGARA (KPN) VS KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)

Image
  Analisis Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) Dan Kurikulum Permata Negara (KPN)      Memetik keratan penulisan Norhashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003), kurikulum ini merupakan sebuah rancangan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah disusun bagi mencapai sesuatu matlamat pendidikan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh hal yang demikian, kurikulum ini amat bernilai dalam program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) kerana kurikulum merupakan panduan buat pendidik untuk menyampaikan sesuatu ilmu berdasarkan perkembangan dan peringkat umur kanak-kanak. Kurikulum yang akan ditekankan dalam penulisan ini ialah Kurikulum Permata Negara (KPN) dan Kurikulum Standard Prasekolah Kembangsaan (KSPK).      Pada awalnya, Kurikulum Permata Negara (KPN) ditubuhkan terlebih dahulu. Kemudian, Kurikulum   Standart Prasekolah Kebangsaan (KSPK) diperkenalkan sebagai kesina...